Sistem Lunar dan Solar, Serta Keterangannya Dalam Surah al-Kahfi

Masyarakat dunia semenjak dahulukala menggunakan tarikh tertentu dalam menetapkan perayaan, upacara, musim, dan berbagai-bagai perkara yang signifikan dalam kehidupan mereka. Oleh itu lahirlah berbagai-bagai sistem takwim dalam sejarah tamadun bangsa. Di antara yang terpenting ialah kalendar yang menggunakan sistem lunar dan sistem solar. Kebanyakan tamadun dunia dahulukala menggunakan sistem lunar atau qamariyah dalam menetapkan