Rumah Pokok Puak Korowai

Dikenali sebagai salah satu puak “kanibal” terakhir yang masih aktif, Puak Korowai di Papua Barat (Irian Jaya), Indonesia, hidup dalam isolasi sehinggalah buat pertama kalinya berhubung dengan dunia luar dengan para misionaris Belanda pada tahun 1970-an. Puak Korowai mempunyai satu ciri budaya yang menarik: mereka adalah arkitek yang hebat, membina rumah di atas pokok,  menjulang tinggi setinggi 114 kaki di atas tanah!

Senibina yang unik ini melindungi keluarga dari nyamuk-nyamuk di dasar hutan, serta dari jiran yang menyusahkan dan roh jahat. Rumah-rumah pokok dibina di kawasan terbuka diatas pokok Banyan atau Wanbom yang besar sebagai tiang utama. Tiang yang lebih kecil kemudian ditambah di sudut rumah sebagai tambahan. Sesesetengah rumah mencecah ketinggian 35 meter dari atas tanah, akan tetapi kebanyakan rumah adalah antara ketinggian 8-12 meter dari lantai hutan yang menggunakan satu tiang bertali yang berfungsi sebagai tangga. Lantai rumahdibina terlebih dahulu, dinding dan bumbung pokok Sagu (Batang Mulong) ditambah, terikat bersama raffia. Lantai yang dibina mesti cukup kuat kerana rumah-rumah pokok ini sering menampung ramai penghuni.

Rumah baru diberkati dengan merenjiskan lemak haiwan di ambang dan tangga, dan dengan memotong lubang kecil ke dalam bumbung yang secara simboliknya memberi laluan kepada haiwan buruan (biasanya babi hutan). Seluruh ahli keluarga, beserta haiwan peliharaan tinggal bersama di dalam satu rumah pokok. Rumah-rumah yang lebih besar mempunyai ruang tamu yang berasingan untuk lelaki dan wanita, serta lubang-lubang api yang terpisah, dan juga tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.

Kebakaran adalah ancaman utama bagi penghuni rumah pokok, maka lubang-lubang api direka khas dengan bahagian-bahagian lantai cut-away jika api tiba-tiba marak dan di luar kawalan. Rata-rata rumah pokok Puak Korowai ini boleh bertahan sehingga lima tahun sekiranya tiada kebakaran yang berlaku.

Pada tahun 2006 sekumpulan wartawan telah pergi ke hutan Papua Barat untuk mendokumentasi kehidupan “kanibal terakhir” ini, yang kemudiannya telah menjadi cerita yang viral. Pakar antropologi dan penduduk tempatan mengkritik bahawa dokumentari yang lebih bercirikan cerita sensasi  itu telah ditokok tambah oleh wartawan barat yang ingin menjadikan cerita “kanibal terakhir” ini terlajak sensasi daripada reality. Penduduk tempatan juga menyatakan bahawa kanibalisme telah sekian lama tidak diamalkan, sekurang-kurangnya 20 tahun yang lalu.

Walaupun sangat terasing dari dunia luar dalam tempoh  sedekad yang lalu, ahli-ahli suku Korowai telah mula meninggalkan kediaman asal mereka yang terpencil dan berpindah ke bandar-bandar berdekatan. Kini hanya kira-kira tiga sehingga empat ribu  anggota suku kaum Korowai yang masih mengamalkan cara kehidupan primitive ini. Dianggarkan bahawa hanya satu generasi sahaja lagi puak Korowai yang akan mengamalkan gaya hidup tradisional ini sebelum kesemua mereka terasimilasi ke dalam gaya kehidupan yang lebih moden.

Sumber atlasobscura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *