Sungai Nil

 

Sungai Nil (Bahasa Inggeris: Nile; Bahasa Arab: نهر النيل‎,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Kubti piaro atau phiaro) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. [1]

Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.Perkataan “Nil” (bahasa Arab: ‘nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian “lembah sungai”. Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud “sungai besar”, dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [2] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud “sungai” (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud “terusan agung”) datangnya daripada nama purba yang sama.

Sumber wikipedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *